Monday, August 13, 2012

~Moga Hadirmu Bukan Sementara~



YA ROBBI..
Jika Cinta ini kerana pandangan pertama,
Janganlah Engkau memberi hamba kesempatan untuk pandangan selanjutnya.


YA ROBBI..
Jika Sayang ini kerana pertemuan pertama,
Maka janganlah Engkau beri pertemuan selanjutnya.


YA ROBBI..
Jika getaran ini hanya kekaguman saat pertama jumpa,
Janganlah Engkau Beri getaran di perjumpaan selanjutnya.


Ya ROBBI..
Jika Rasa ini Kerana nafsu semata kerana melihat apa yang ada padanya,
Janganlah Engkau beri kesempatan untuk melihatnya di hari berikutnya.


Tapi
jika Rasa ini
Cinta ini
Getaran ini
Sayang ini
Kekaguman ini


KeranaMU


Maka Izinkanlah Cinta ini berlabuh padanya…
Iaitu dia yang memang namanya Telah Tertulis Di Luh Mahfudz.
Dia yang Memang Telah Engkau takdirkan
untuk menjadi pelengkap kekurangan hamba.


YA ROBBI
Tiada cinta yang indah selain Cinta KeranaMU..
Semoga Allah menghindarkan diri kita dari cinta Sesaat....Aamiin..


Friday, June 1, 2012

~ Terima Kasih Teman ~








Terkenang beban yang bersarang di lubuk jiwa…lantas kuungkapkan...
Allah itu Maha Pengasih... Maha Penyayang... Dia ambil sesuatu dari kita, rupanya Dia ingin gantikan dgn yg lebih baik.. :')


Dan teman itu menyahut bicara ku…
“Benar ila..Allah memahami hambaNya..yang tersurat dan tersirat..luar dan dalam..semua dalam pengetahuan Allah”


Segala puji bagi Mu ya Allah..Kau hadirkan dia pada saat2 aku rebah…saat2 air mataku menitis tak henti…dan engkau titipkan kekuatan untuk ku melalui nya..terima kasih ya Allah..


Teman..andai sahaja bisa aku tuturkan..
Hadirmu seolah menghidupkan jiwaku yang telah mati…


Lantas Aku cuba mengingatkan diri tentang masa depan, tentang harapan
Aku perlu berteguh walau apa jua keadaan 
Aku cuba mengingatkan diri, di sisi insan ada Tuhan…
Ada kuasa yang sentiasa mendengar dan melihat
Yang menghidupkan dan mematikan,
Yang merosakkan dan menyuburkan
Yang mengawal segalanya…
Perlahan aku menemukan kekuatan...


Terima kasih teman.. 
hadirmu benar-benar memberikan seribu erti buatku…


Monday, May 28, 2012

~ Kadang-kadang, Allah Temukan Kita Dengan Insan Yang Salah ~


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG  TERBAIK, KHAS   UNTUK  DIRI  KITA.


5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…


6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI  KEHIDUPAN  YG  TAK  SELAMANYA  KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg 
menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..





Tuesday, May 22, 2012

~Warkah Cinta Berbau Syurga~


Cairo kurasakan sepi tanpa surat-suratmu....Bunyi sahrawi yang mengepuk debu kering itu bagai membawa mersik suaramu. Tetapi, aku tetap sedar bahawa kau tidak pernah berada di sisi. Semenjak dahulu, kini dan selamanya. Hanya aku bermain ilusi sendiri.



Justeru, aku datang dengan wajah seorang kawan. Tidak minta dikasihi dan tidak minta dibenci. Hadirku untuk membantu melerai kekusutan. Aku yang memulakan salam pertemuan, selayaknya aku jua yang melafazkan salam perpisahan...



Ingatkah sewaktu dirimu meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan ini. Waktu itu betapa kita yakin bahawa hubungan ini akan utuh dan kukuh. Kita yakin susah senang mampu diharung dengan sabar. Masa itu kita masih muda bukan, kita penuh dengan semangat serta azam. Kita kadang-kadang lupa dengan tribulasi, melihat cabaran dengan mata yang kurang terbuka. Biar jauh atau dekat, biar senang atau susah, kita tetap mahu pastikan agar hubungan ini berjaya.



Dulu pernah kuungkap "Jangan terbang tinggi, kalau jatuh kan parah". Lalu Wardah jawab "kalau kita tak cuba terbang tinggi, sampai bila pun kita takut untuk mencuba. Lagipun kita tetap mendapat nikmat berusaha dan mencuba". Kalam itu banyak memberi kesan kepada diriku...



Aku terasing jauh dari bumi sendiri, terbang melintasi benua dan akhirnya terdampar di tepi pesisir mediteranean. Apabila diimbau sejarah kita, terasa seolah suatu kisah yang kita karang bersama adunan rasa jujur dan tulus. Walaupun hubungan kita tidak disuburkan dengan pertemuan, kesefahaman dan kepercayaan telah menyiram benih-benih kemesraan. Kita jadi pasangan yang toleransi dan saling cuba memahami. Ah, seolah sebuah kisah mitos yang tidak wujud, namun ia telah berlaku dalam hidup kita...



Hari ini, terbukti tiada jodoh antara kita dan mungkin sudah sampai masanya kita mencari haluan masing-masing. Ke mana sahaja kita terbang, semampunya kita tuju dengan sepenuh kekuatan dan kematangan. Selagi kita fahami realiti dan tidak terikat dengan emosi. Pasti konklusinya mampu kita capai dengan baik. Antara kita, mungkin ada peristiwa yang menjadi kenangan abadi. Namun tidak bermaksud kita mengagungkannya. Jadikan ia sekadar memori untuk diri sendiri. Sekadar nostalgia untuk diimbau. Biarlah ia menjadi khazanah yang berharga, atau mungkin sahaja hilang dipupus masa. Tuhan yang menentukan, bukan kita....



Benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi, ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta juga bukan semestinya bersama. Cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia. Terima kasih kerana pernah menerima diri ini sebagai insan istimewa. Terima kasih…



Dipetik dari novel ~Warkah Cinta Berbau Syurga~
  

Wednesday, July 13, 2011

Stanza Pilu

Berteman awan yang memutih...
Ku anyam satu persatu warna hidupku...
Mungkinkah aku kini hampir berada pada frasa terakhir...
Mungkinkah kebahagiaan yang pernah ku miliki dulu tidak akan pernah kembali...
Atau sebenarnya, kebahagiaan itu memang tidak pernah menjadi milikku...

Berteman angin yang berlalu...
Ku pintal kisah-kisah duka ini menjadi sebuah gumpalan pilu...
Sambil bertanya masih kah ada kekuatan utk ku terus melangkah ke hadapan...
Aku cuba mengukir senyum
Walau yang mengisi ruang hidup ini hanyalah dugaan dan kepahitan....

Berteman dedaun yang semakin layu...
Aku bertanya kembali apakah kesudahan takdir hidupku..
Patutkah aku persoalkan,
Kenapa aku yang harus selalu berkorban...
Ke mana kalian tika ku memerlukan secebis kekuatan?
Mengapa biarku harungi semua ini sendirian?

Berteman kicauan burung yang semakin sayu...
Aku merayu pada sebuah kekuatan...
Aku lemah...Aku tidak mampu untuk menghadapi semua ini bersendirian...

~ Aku hanya seorang insyirah ~

Wednesday, May 18, 2011

~ EPILOG CINTA ~

Kadangkala orang yang paling mencintai anda.. Adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya pada anda.. Kerana orang itu takut, anda akan berpaling dan menjauhinya.. Dan bila di suatu masa, dia hilang dari pandanganmu.. Anda akan menyedari, dia adalah cinta yang tidak pernah anda sedari..

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta.. Kerana hakikatnya jodoh itu bukan di tangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan, anda dan dia bertemu.. Dan atas limpahan kasihNya jua anda dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..

Memberikan seluruh cinta kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cinta anda.. Jangan pernah mengharap balasan cinta.. Tunggulah cinta mekar di hatinya.. Jika tidak.. Berbahagialah kerana cinta tumbuh di hati anda..

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai anda.. Tapi lebih menyakitkan bila mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk meluahkan cinta kepadanya..

Punca penderitaan jiwa adalah kerana cinta dunia.. Sebabnya sewaktu berusaha mendapatkannya, hati berasa bimbang.. Apabila nyata tidak dapat, hati berasa kecewa.. Apabila dapat, takut luput pula..

Cinta tidak semestinya dilafazkan.. Cinta itu hadir dan wujud di dalam hati, walaupun anda tidak meluahkan rasa cinta itu kepada si dia.. Itu tetap dinamakan cinta.. Cinta kepadanya tidak bermakna anda akan bersamanya..

Cintailah sesiapapun yang anda cintai.. Asalkan cinta itu dapat memberi lorong sebaik-baiknya untuk anda terus mencintai ALLAH S.W.T. ..

Bercintailah sekadar minum seteguk air di hari kemarau.. Dan meminumnya dengan penuh kesabaran.. Bercintalah sekadar menghirup wangian kasturi tanpa memilikinya.. Bercintalah dan berkasih sayanglah kerana ALLAH S.W.T. ..
Dengan memupuk dan menyuburkan ikatan itu dengan cara yang matang dan dengan kawalan Iman demi untuk Izzah Islam tercinta..

" Ya ALLAH..
Kurniakanlah daku cintaMu..
Sebelum daku mengemis cinta manusia..

Kiranya tiada cinta insani untukku.. Cukuplah cinta ALLAH penyuluh hidupku.. Kerana kelak akan ada cinta untukku.. Dari insan yang mencintai ALLAH sebagaimana cintaku kepada ALLAH.."


Benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi, ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta juga bukan semestinya bersama. Cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia.
 

Ku pohon yg terbaik dariMu ya Allah.....



Wednesday, May 11, 2011

Aku mencintaimu....




Aku mencintaimu : karya Ayatul Husna



Aku mencintaimu kerna kau seumpama bintang....
Meski jauh kau tetap terlihat...
Meski kekadang hilang
Kau tetap bercahaya...
Jauh di lubuk jiwa....

Aku mencintaimu kerna kau seperti nian...
Yang menyala-nyala di dalam dada...
Menghangatkan jiwa...
Terus hidup dalam segala rasa..

Aku mencintaimu kerna aku harus mencintaimu....
Rukuk dan sujudmu membuatku mencintaimu...
Ya...aku mencintaimu...
Kau dengarkan itu?
Aku mencintaimu kerna rukuk dan sujudmu pada TuhanMu...

Aku mencintaimu kerna kita satu jiwa yang padu.