Wednesday, July 13, 2011

Stanza Pilu

Berteman awan yang memutih...
Ku anyam satu persatu warna hidupku...
Mungkinkah aku kini hampir berada pada frasa terakhir...
Mungkinkah kebahagiaan yang pernah ku miliki dulu tidak akan pernah kembali...
Atau sebenarnya, kebahagiaan itu memang tidak pernah menjadi milikku...

Berteman angin yang berlalu...
Ku pintal kisah-kisah duka ini menjadi sebuah gumpalan pilu...
Sambil bertanya masih kah ada kekuatan utk ku terus melangkah ke hadapan...
Aku cuba mengukir senyum
Walau yang mengisi ruang hidup ini hanyalah dugaan dan kepahitan....

Berteman dedaun yang semakin layu...
Aku bertanya kembali apakah kesudahan takdir hidupku..
Patutkah aku persoalkan,
Kenapa aku yang harus selalu berkorban...
Ke mana kalian tika ku memerlukan secebis kekuatan?
Mengapa biarku harungi semua ini sendirian?

Berteman kicauan burung yang semakin sayu...
Aku merayu pada sebuah kekuatan...
Aku lemah...Aku tidak mampu untuk menghadapi semua ini bersendirian...

~ Aku hanya seorang insyirah ~

Wednesday, May 18, 2011

~ EPILOG CINTA ~

Kadangkala orang yang paling mencintai anda.. Adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya pada anda.. Kerana orang itu takut, anda akan berpaling dan menjauhinya.. Dan bila di suatu masa, dia hilang dari pandanganmu.. Anda akan menyedari, dia adalah cinta yang tidak pernah anda sedari..

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta.. Kerana hakikatnya jodoh itu bukan di tangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan, anda dan dia bertemu.. Dan atas limpahan kasihNya jua anda dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..

Memberikan seluruh cinta kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cinta anda.. Jangan pernah mengharap balasan cinta.. Tunggulah cinta mekar di hatinya.. Jika tidak.. Berbahagialah kerana cinta tumbuh di hati anda..

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai anda.. Tapi lebih menyakitkan bila mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk meluahkan cinta kepadanya..

Punca penderitaan jiwa adalah kerana cinta dunia.. Sebabnya sewaktu berusaha mendapatkannya, hati berasa bimbang.. Apabila nyata tidak dapat, hati berasa kecewa.. Apabila dapat, takut luput pula..

Cinta tidak semestinya dilafazkan.. Cinta itu hadir dan wujud di dalam hati, walaupun anda tidak meluahkan rasa cinta itu kepada si dia.. Itu tetap dinamakan cinta.. Cinta kepadanya tidak bermakna anda akan bersamanya..

Cintailah sesiapapun yang anda cintai.. Asalkan cinta itu dapat memberi lorong sebaik-baiknya untuk anda terus mencintai ALLAH S.W.T. ..

Bercintailah sekadar minum seteguk air di hari kemarau.. Dan meminumnya dengan penuh kesabaran.. Bercintalah sekadar menghirup wangian kasturi tanpa memilikinya.. Bercintalah dan berkasih sayanglah kerana ALLAH S.W.T. ..
Dengan memupuk dan menyuburkan ikatan itu dengan cara yang matang dan dengan kawalan Iman demi untuk Izzah Islam tercinta..

" Ya ALLAH..
Kurniakanlah daku cintaMu..
Sebelum daku mengemis cinta manusia..

Kiranya tiada cinta insani untukku.. Cukuplah cinta ALLAH penyuluh hidupku.. Kerana kelak akan ada cinta untukku.. Dari insan yang mencintai ALLAH sebagaimana cintaku kepada ALLAH.."


Benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi, ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta juga bukan semestinya bersama. Cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia.
 

Ku pohon yg terbaik dariMu ya Allah.....



Wednesday, May 11, 2011

Aku mencintaimu....




Aku mencintaimu : karya Ayatul Husna



Aku mencintaimu kerna kau seumpama bintang....
Meski jauh kau tetap terlihat...
Meski kekadang hilang
Kau tetap bercahaya...
Jauh di lubuk jiwa....

Aku mencintaimu kerna kau seperti nian...
Yang menyala-nyala di dalam dada...
Menghangatkan jiwa...
Terus hidup dalam segala rasa..

Aku mencintaimu kerna aku harus mencintaimu....
Rukuk dan sujudmu membuatku mencintaimu...
Ya...aku mencintaimu...
Kau dengarkan itu?
Aku mencintaimu kerna rukuk dan sujudmu pada TuhanMu...

Aku mencintaimu kerna kita satu jiwa yang padu.

Monday, April 18, 2011

HappY BirThDaY To Me...! ^_^


Happy Birthday ila... ^_^

hehe...wish sorang2 la kat dalam blog ni nampaknya ye...letih membalas ucapan org kat dalam fb..apa pun, trima kasih smua teman2 ku....


 Di ambang menjejaki usia ke 21 tahun, berbagai konflik hidup ku alami..ku mengharapkan moga ada sinar yg cerah di sebalik semua ini... Februari dan Mac dalam tahun ini, ku lalui dgn seribu kepahitan..ku tempuhi dgn selautan kedukaan...dan untuk kesekian kalinya, air mata berlinangan tanpa dapat ditahan....


 Namun langit tak selalunya mendung...Alhamdulillah, semua bertukar cerah kembali kini...aku terlalu bersyukur atas segala nikmat yg Kau beri padaku selama ini ya Allah..tidak terhitung betapa besarnya limpahan kasih syg Mu...dalam saat2 ku kesedihan, Kau hadirkan teman2 yg setia di sisiku bagi menyambut diriku yg hampir rebah...


  Akhirnya dalam usia ku menjejak usia 21 ini, ku mengharapkan sesuatu yg manis..namun kekadang situasi tidak mengizinkan aku utk menggapai kemanisan itu...Di pagi hari lahir ini, air mata ku berlinang lagi, baru ku tersedar, aku terlalu banyak mengabaikan insan2 di sisiku selama ini...hari-hari yg ku lalui penuh dgn kesibukan sehingga aku terlupa mereka juga perlukan belaian, mereka juga punya hati dan perasaan....
  
Maafkan aku teman, sesungguhnya aku terlalu menghargaimu...dan aku terlalu mengasihimu...maafkanku jika kau sering sahaja merasa diletakkan di tepi...maafkan jika aku selalu sahaja tidak mempunyai masa utk diluangkan bersamamu....namun ku hanya ingin kau tahu, aku menghargaimu, menyayangi mu...dan ingin bersamamu bukan sahaja di dunia ini, tapi juga di akhirat sana...



 Azam utk usia yg ke 21 :
Ku ingin menjadi anak yg terbaik, sahabat yg terbaik, teman yg sering bersama dalam suka dan duka..dan insan yang tidak pernah lupa pada penciptaNya dalam setiap hembusan nafas....






* Entry ini ku tulis khas buatmu teman...mungkin aku bukanlah seorang yg pandai menuturkan bicara di hadapanmu...
Maafkan aku, sesungguhnya aku terlalu mengasihimu....

Monday, February 21, 2011

Pergilah Duhai Duka....



Sepanjang minggu ini kulalui dengan kesuraman dan kesugulan jiwa...tiada niatku untuk menzalimi sekujur tubuhku yg lemah ini...namun hambatan jiwa yg datang ini membuatku tersungkur dan terperuk sendirian di sudut rona hati yg berkecamuk.... Tanpa ku duga badai ini melanda lagi…


Inginku minta secebis jawapan dari sang angin, namun angin itu hanya membisikkan rasa yang membuatku titisan jernih ku mengalir ke pipi lagi…. Titisan jernih itu mengusap lembut seluruh wajahku, dan membuat jiwa ku terbang ke awang-awangan tanpa ku sedari…


Ingin ku minta agar sang awan menghuraikan segala simpulan kekusutan ini.. Namun hanya awan mendung yang berarak mendatangi rohku… Sehingga aku kebasahan dan kedinginan dalam kesuraman ini…. Kekosongan ini mengajarku bahawa hidup ini bukan hanya ada bahagia, namun duka juga yang selalu bertandang menemani jiwa…


Ingin ku minta secebis sihir sang bulan, agar terubat jiwa ku yg kegelisahan… Namun segala rasa ku gugur bila sang bulan mengutuskan perkhabaran duka….


Pergilah duhai duka, berlayarlah meninggalkan pantai hati ini…. Pergilah duhai luka, pergilah membelah ombak yang menggulung hiba…


Thursday, February 17, 2011

Saat kau Hadirkan Pertemuan..Telah Ku Redha Untuk Sebuah Perpisahan...


“ Wahai Pulau Sepi……

Aku kembali lagi….”



          Entah sudah berapa hari aku meninggalkan pulau kecewa… Entah sudah berapa hari aku tersadai di Pulau Sepi. Kisah semalam masih segar di taman memori…




Kenapa?



          Kenapa dia terlalu kukuh di sanubari. Sehingga mengikat setiap sisi di hatiku begitu ketat. Melarang aku melepaskan setiap kenangan. Meminta aku rakam saat pertemuan & perpisahan, serta kisah-kisah di antara keduanya. Aku cuba setia padanya, walaupun setelah dia pergi. Barangkali angin yang memukul bidukku adalah utusannya...



Cintanya meniup layar kecilku hingga terdampar di Pulau Sepi ini... Diakah yang sengaja membuat aku terasing ke sini? Apakah mantera yang telah dibacakan sehingga dia miliki kuasa sebegitu?






Entah berapa lama lagi aku harus terus begini. Tiada apa yang pasti dalam ingatanku kecuali sebuah janji. Janji untuk mengingatinya. Mengingati dia yang pernah hadir bersama harapan. Apa yang membuat aku menganggapnya istimewa? Sehingga sanggup menyimpan janji yang tidak akan dikotakan...




Dia istimewa di sisiku bukan kerana sekeping wajah miliknya. Dia istimewa kerana aku yang menganggapnya begitu. Aku yang menyukainya. Tanpa aku memerlukan sebarang sebab...


Biarlah ini menjadi rahsia hidupku. Aku mungkin berlayar ke pulau lain, tetapi kisahku di pulau ini tak akan ku lupakan...


Kenangan itu akan hadir dalam degup jantungku.. Ia akan agam dalam arteri-arteri darahku. Ia akan terhenti dengan terputusnya nafasku. Aku mahu terus menyimpannya. Setiap kenangan, setiap bicara, setiap kisah dan setiap detik. Kerna itulah yang terukir di hatiku...