Monday, February 21, 2011

Pergilah Duhai Duka....



Sepanjang minggu ini kulalui dengan kesuraman dan kesugulan jiwa...tiada niatku untuk menzalimi sekujur tubuhku yg lemah ini...namun hambatan jiwa yg datang ini membuatku tersungkur dan terperuk sendirian di sudut rona hati yg berkecamuk.... Tanpa ku duga badai ini melanda lagi…


Inginku minta secebis jawapan dari sang angin, namun angin itu hanya membisikkan rasa yang membuatku titisan jernih ku mengalir ke pipi lagi…. Titisan jernih itu mengusap lembut seluruh wajahku, dan membuat jiwa ku terbang ke awang-awangan tanpa ku sedari…


Ingin ku minta agar sang awan menghuraikan segala simpulan kekusutan ini.. Namun hanya awan mendung yang berarak mendatangi rohku… Sehingga aku kebasahan dan kedinginan dalam kesuraman ini…. Kekosongan ini mengajarku bahawa hidup ini bukan hanya ada bahagia, namun duka juga yang selalu bertandang menemani jiwa…


Ingin ku minta secebis sihir sang bulan, agar terubat jiwa ku yg kegelisahan… Namun segala rasa ku gugur bila sang bulan mengutuskan perkhabaran duka….


Pergilah duhai duka, berlayarlah meninggalkan pantai hati ini…. Pergilah duhai luka, pergilah membelah ombak yang menggulung hiba…


Thursday, February 17, 2011

Saat kau Hadirkan Pertemuan..Telah Ku Redha Untuk Sebuah Perpisahan...


“ Wahai Pulau Sepi……

Aku kembali lagi….”



          Entah sudah berapa hari aku meninggalkan pulau kecewa… Entah sudah berapa hari aku tersadai di Pulau Sepi. Kisah semalam masih segar di taman memori…




Kenapa?



          Kenapa dia terlalu kukuh di sanubari. Sehingga mengikat setiap sisi di hatiku begitu ketat. Melarang aku melepaskan setiap kenangan. Meminta aku rakam saat pertemuan & perpisahan, serta kisah-kisah di antara keduanya. Aku cuba setia padanya, walaupun setelah dia pergi. Barangkali angin yang memukul bidukku adalah utusannya...



Cintanya meniup layar kecilku hingga terdampar di Pulau Sepi ini... Diakah yang sengaja membuat aku terasing ke sini? Apakah mantera yang telah dibacakan sehingga dia miliki kuasa sebegitu?






Entah berapa lama lagi aku harus terus begini. Tiada apa yang pasti dalam ingatanku kecuali sebuah janji. Janji untuk mengingatinya. Mengingati dia yang pernah hadir bersama harapan. Apa yang membuat aku menganggapnya istimewa? Sehingga sanggup menyimpan janji yang tidak akan dikotakan...




Dia istimewa di sisiku bukan kerana sekeping wajah miliknya. Dia istimewa kerana aku yang menganggapnya begitu. Aku yang menyukainya. Tanpa aku memerlukan sebarang sebab...


Biarlah ini menjadi rahsia hidupku. Aku mungkin berlayar ke pulau lain, tetapi kisahku di pulau ini tak akan ku lupakan...


Kenangan itu akan hadir dalam degup jantungku.. Ia akan agam dalam arteri-arteri darahku. Ia akan terhenti dengan terputusnya nafasku. Aku mahu terus menyimpannya. Setiap kenangan, setiap bicara, setiap kisah dan setiap detik. Kerna itulah yang terukir di hatiku...