Terkenang beban yang bersarang di
lubuk jiwa…lantas kuungkapkan...
“Allah itu Maha Pengasih... Maha Penyayang... Dia ambil sesuatu dari kita, rupanya Dia ingin gantikan dgn yg lebih baik.. :')
Dan teman itu menyahut bicara ku…
“Benar ila..Allah memahami hambaNya..yang tersurat dan tersirat..luar dan dalam..semua dalam pengetahuan Allah”
Segala puji bagi Mu ya Allah..Kau hadirkan dia pada saat2
aku rebah…saat2 air mataku menitis tak henti…dan engkau titipkan kekuatan untuk
ku melalui nya..terima kasih ya Allah..
Teman..andai sahaja bisa aku tuturkan..
Hadirmu seolah menghidupkan jiwaku
yang telah mati…
Lantas Aku
cuba mengingatkan diri tentang masa depan, tentang harapan
Aku perlu berteguh walau apa jua keadaan
Aku cuba mengingatkan diri, di sisi insan ada
Tuhan…
Ada kuasa yang sentiasa mendengar dan melihat
Yang menghidupkan dan mematikan,
Yang
merosakkan dan menyuburkan
Yang mengawal segalanya…
Perlahan aku menemukan kekuatan...
Terima
kasih teman..
hadirmu benar-benar memberikan seribu erti buatku…
No comments:
Post a Comment