Sunday, November 1, 2009

Tersungkur di Pintu Mimpi

Aku pernah bermimpi untuk menggapai awan itu…
Aku ingin terbang tinggi di atas sana..
Lantas aku mengerah seluruh kudrat untuk mencapai destinasi itu,
Ku susun seribu impian mengiringi denai ikhtiarku..
Ku limpah seluruh waktu dan kukorbankan keinginan hati demi mencapai mimpi itu…
Namun setelah aku jauh merentas jalan itu, aku tersungkur…
Baru ku sedar, rupanya aku tidak mempunyai sayap…

Aku pernah bermimpi ingin terbang riang seperti rama-rama itu,
Aku ingin hidup bebas menghirup madu seperti mereka,
Aku ingin hidupku kelihatan indah dan warna-warni seperti mereka,
Lantas aku cuba mendekati mereka,
Ku cuba sembunyikan siapa aku dan terus terbang bersama mereka,
Ku coret corak hatiku agar kelihatan riang dan indah seperti mereka…
Namun setelah puas ku cari keriangan dan keindahan itu,
Hatiku tiba-tiba menjadi pilu,
Baruku sedar, rupanya jalan yang ditakdirkan untukku bukanlah seriang dan sebebas rama-rama itu…

Aku pernah bermimpi untuk melakar warna hidupku seindah warna pelangi…
Tersergam indah di pandangan semua manusia,
Mempesona pandangan dengan sihirnya yang tersendiri
Muncul setelah berakhirnya gerimis,
Ibarat menjadi khabar gembira pengubat duka kepada insan yang melihatnya..
Lantas cuba ku hiasi setiap episod hidupku,
Ku lakar warna hatiku dengan harapan ia seindah pelangi itu…
Namun setelah aku toleh kembali, air mata ku berderai,
Seperti turunnya gerimis sebelum pelangi itu,
Baruku sedar, warna yang ada untuk diriku hanyalah kelabu,
Bukannya berjalur dan berwarna-warni seperti yang aku impikan…

Aku pernah bermimpi berlayar di tengah lautan yang luas,
Meredah gulungan ombak bersama percikan air yang menyegarkan,
Melihat betapa luasnya dunia yang terhampar di hadapanku,
Lantas aku membina perahuku dengan sekukuh yang mungkin,
Agar ia bisa mengharung segala badai yang bakal kuhadapi…
Ku bina layar dan kemudiku dengan selengkap yang mungkin,
Untuk menjadi bekal pelayaranku…
Namun setelah aku cuba menyentuh setiap binaanku itu, aku terkilan…
Baruku sedar, rupanya ia hanya bayang-bayang yang dititipkan buat menemani kesuraman malamku…
Dan ia akan hilang saat mentari mula menunjukkan sinarnya…


Aku pernah bermimpi untuk mengubah dunia,
Aku pernah bermimpi untuk membuat semua insan bahagia,
Aku pernah bermimpi untuk merisik rahsia indah sang bunga,
Aku pernah bermimpi untuk menggapai segala-galanya..
Dan kerana mimpi itulah,
Hatiku kini terluka,
Setelah aku sedar, rupanya aku kini tersungkur di pintu mimpi ini…

3 comments:

  1. salam...ela ka ni...jangan belakon ya ela...kedapatan sudah blog mu..

    ReplyDelete
  2. btl3x..huhu
    finally found ur blog dear..
    stiap yg berlaku pasti ada hikmah yg Allah nak bg kat kita..cumanya kita xtaw apakah yg Allah nak bg 2..

    ReplyDelete
  3. wui bukan berlakon ba...pnat ku sembunyikan blog yang x terurus ni, akhirnya ditemui juga ya,huhu

    ReplyDelete