Thursday, February 17, 2011

Saat kau Hadirkan Pertemuan..Telah Ku Redha Untuk Sebuah Perpisahan...


“ Wahai Pulau Sepi……

Aku kembali lagi….”



          Entah sudah berapa hari aku meninggalkan pulau kecewa… Entah sudah berapa hari aku tersadai di Pulau Sepi. Kisah semalam masih segar di taman memori…




Kenapa?



          Kenapa dia terlalu kukuh di sanubari. Sehingga mengikat setiap sisi di hatiku begitu ketat. Melarang aku melepaskan setiap kenangan. Meminta aku rakam saat pertemuan & perpisahan, serta kisah-kisah di antara keduanya. Aku cuba setia padanya, walaupun setelah dia pergi. Barangkali angin yang memukul bidukku adalah utusannya...



Cintanya meniup layar kecilku hingga terdampar di Pulau Sepi ini... Diakah yang sengaja membuat aku terasing ke sini? Apakah mantera yang telah dibacakan sehingga dia miliki kuasa sebegitu?






Entah berapa lama lagi aku harus terus begini. Tiada apa yang pasti dalam ingatanku kecuali sebuah janji. Janji untuk mengingatinya. Mengingati dia yang pernah hadir bersama harapan. Apa yang membuat aku menganggapnya istimewa? Sehingga sanggup menyimpan janji yang tidak akan dikotakan...




Dia istimewa di sisiku bukan kerana sekeping wajah miliknya. Dia istimewa kerana aku yang menganggapnya begitu. Aku yang menyukainya. Tanpa aku memerlukan sebarang sebab...


Biarlah ini menjadi rahsia hidupku. Aku mungkin berlayar ke pulau lain, tetapi kisahku di pulau ini tak akan ku lupakan...


Kenangan itu akan hadir dalam degup jantungku.. Ia akan agam dalam arteri-arteri darahku. Ia akan terhenti dengan terputusnya nafasku. Aku mahu terus menyimpannya. Setiap kenangan, setiap bicara, setiap kisah dan setiap detik. Kerna itulah yang terukir di hatiku...





2 comments:

  1. Salam ukhwah bersulam taqwa..

    rasa sedih saat menatap bait kata2 yang terlakar..ku tak pasti andai aku perlu untuk membuka jahitan luka yang dulu..kerana ku takut andai ianya masih merah berdarah..bukan niatku untuk mengingatinya kembali tetapi hati wanita ku terusik dengan kenangan yang telakar tanpa pernah ku sedari ianya akan menghantui kini..
    pergilah...jauh dari aku..biarkan tangan ini membuka pintu yang bukan lagi diisi dengan kesedihan dan kekosongan..

    ReplyDelete
  2. "Di dalam hati terdapat kekusutan...yang tak bisa diurai kecuali dengan menghadap Allah...
    Di dalam hati terdapat kesepian..yang tak bisa dihilangkan kecuali menyendiri dengan Allah"

    Melalui fasa penyembuhan luka & merawat parut agar jangan berdarah kembali adalah 1 proses yang sulit dan sukar. Acapkali berperang dengan diri sendiri.moga kita berjaya menelan ubat yang sangat pahit ini....

    ReplyDelete